Viral

Kes Tertinggi Hari Ini, Dr Noorhisham Cakap Siap Sedia Hadapi Keadaan Terburuk.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diminta bersedia untuk berdepan dengan gelombang Covid-19 terburuk.

Ia susulan trend peningkatan graf jangkitan kes di negara ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes bermula sejak 1 April lalu dan boleh mencetuskan kenaikan menegak.

kes-2

“Kita perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan senario terburuk.

“Tolong kami untuk tinggal di rumah. Kita boleh memutuskan rantaian jika kita bersama-sama melakukannya,” katanya menerusi Twitter.

Jangkitan Covid-19 rekod kes tertinggi 7,289

KUALA LUMPUR – Malaysia terus merekodkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 dengan 7,289 kes setakat jam 12 tengah hari tadi berbanding 6,509 semalam.

Ia merupakan kes tertinggi harian terbaharu.

Selangor masih mengekalkan rekod jangkitan tertinggi kepada 2,642 kes, kenaikan 593 kes berbanding semalam.

Johor berada di tempat kedua tinggi iaitu 664 kes, Kuala Lumpur (604), Sarawak (513), Negeri Sembilan (410) dan Pulau Pinang (380).

Manakala Kedah (336), Terengganu (268), Sabah 266 kes, Melaka (258), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8)

Dengan jumlah terbaharu ini, jumlah kes keseluruhan Covid-19 bertambah kepada 525,889.

 

sumber : malaysiagazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *