Viral

“Geram kita wak, kak mitch bukan robot..”- Misha Omar Kebas Jari Rebut Daftar Vaksin

Selepas pendaftaran vaksin AstraZeneca fasa 2 ditutup, orang ramai yang gagal mendaftar meluahkan rasa kecewa dengan memuat naik posting di media sosial masing-masing.

Begitu juga dengan penyanyi, Misha Omar apabila menyifatkan sesi pendaftaran tersebut agak mencabar kerana sukar untuk mengakses sistem bagi melakukan tempahan janji temu vaksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

“Perjuangan masih belum selesai. Kami berdua suami isteri masih gagal dptkan temu janji vaksin. Corat coret nak daftar percubaan dapatkan vaksin hari ini…
“…adalah momen apabila ‘page’ untuk itu sangkut dan suruh pilih tempat. Tapi apabila kita klik dia buat tidak tahu. Tekan-tekan, ‘geletek-geletek’ dia reaksi tetap sama. Dia buat tidak tahu macam tiada perasaan.
“Selepas tekan ‘refresh’ isi semua butiran beberapa kali sampai jari kebas tapi tetap ‘geletek’ di tempat yang nak divaksin itu tiada sebarang reaksi.

“Saya berasakan cakap ‘i love you’ pada suami tahun ini pun tak sebanyak saya mengaku bukan robot di laman web vaksin Covid-19 tadi.
“Geram kita wak. Selepas beberapa ketika lepas ke ‘page’ seterusnya nak pilih tarikh. Tekan semua tarikh ya, tetap dia mainkan perasaan saya.
“Sejenis tiada perasaan ya. Buat keras cakap tarikh tak ‘available’. Maka proses dari ayat pertama corat coret ini saya ulang sampai Abang Jamil kau pengsan,” luahnya panjang lebar.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu meminta orang ramai agar tidak berputus asa selain boleh mencuba untuk slot tempahan seterusnya pada masa akan datang.

 

“What a tough race, takpe niat tu penting. Kita jaga kita remember? Vaksin untuk protect diri sendiri dan menjaga orang sekeliling.
“Kita cuba lagi next time ok?  Kita berlumba lagi untuk perlumbaan yang akan datang. Stay safe tau, jangan keluar rumah,” pesan Misha.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan pusingan kedua pendaftaran tempahan vaksin AstraZeneca dibuka tengah hari tadi kepada individu bawah 60 tahun.

Sumber: Instagram Misha Omar