Kluster Hari Raya Aidilfitri Sudah Di Kesan, 7 Negeri Ini Menjadi Penyumbang 12 Kluster.

Kuala Lumpur: Sebanyak 12 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan Kementerian Kesihatan (KKM), setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti berkenaan dilaporkan di tujuh negeri iaitu Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Labuan.

Menurutnya, seramai 470 individu dalam kluster terbabit disahkan positif Covid-19 daripada 2,541 saringan yang dilakukan.

“Hari ini adalah hari ke-14 Syawal iaitu dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam seluruh negara.

“Sehingga 13 Syawal atau semalam, 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya) dikesan di tujuh negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham turut memuat naik carta yang memaparkan jumlah kes dan kluster terbabit.

Kluster Jalan Tahir Manan

No photo description available.

Katanya, satu kes disahkan meninggal dunia membabitkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor.

“Manakala dua orang yang dijangkiti, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) membabitkan Kluster Simpang Sahari di Labuan,” katanya.

Katanya, jumlah kes bagi kluster berkenaan dijangka akan meningkat dan membabitkan lebih banyak negeri.

Antara kluster sambutan Aidilfitri adalah Jalan Tahir Manan (Selangor), Kluster Kampung Pangkal Payung (Kelantan), Kluster Kepulauan Tumpat (Kelantan), Kluster Padang Lalang Dua (Pulau Pinang) dan Kluster Jalan Dara (Pahang), Kluster Simpang Sahari (Labuan), Kluster Patau-Patau (Labuan), Kluster Melikai (Sabah), Kluster Deluxe (Sabah), Kluster Abaka (Sabah), Kluster Muhibbah Dua (Sabah) dan Kluster Taman Sourabaya Indah (Sarawak).

Sabah menyumbang 33.33 peratus kes, manakala Kelantan dan Labuan masing-masing 16.67 peratus.

Selain itu, Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang masing-masing menyumbang 8.33 peratus.

40 kluster keagamaan dikenal pasti – Menteri


Putrajaya: Peningkatan kes Covid-19 bagi kluster keagamaan ketika ini berpunca daripada aktiviti dan pergerakan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, setakat kelmarin 40 kluster keagamaan dikenal pasti termasuk 19 kluster di Johor, Selangor (13) dan lapan di negeri lain termasuk Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.

“Ketika ini kes yang direkodkan berdasarkan kes jangkitan yang berlaku pada sebelum dan pada hari raya. Kluster keagamaan berlaku sepanjang Ramadan hingga hari raya.

“Kluster ini meningkat bergantung kepada pergerakan dan mobilisasi orang ramai.

“Kalau kita dapat kurangkan mobilisasi bermakna lebih peluang untuk hidup, turunkan kadar kebolehjangkitan dan bendung Covid-19,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), semalam.

 

RAKYAT digalakkan membuat self lockdown bagi mengawal penularan wabak. FOTO Arkib NSTP
RAKYAT digalakkan membuat self lockdown bagi mengawal penularan wabak. FOTO Arkib NSTP

 

Dr Adham berkata, situasi jangkitan sentiasa dipantau berdasarkan unjuran model Susceptible-Exposed-Infectious-Removed (SEIR) selain penyediaan pelan kontigensi oleh kerajaan.

“Kita laksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 7 Jun selain memperketat prosedur operasi standard (SOP) dan kita minta rakyat untuk patuh SOP ini.

“Malah, kita galakkan rakyat untuk self lockdown mengambil contoh dilaksana beberapa negara termasuk Taiwan untuk memutuskan rantaian jangkitan.

“Jadi kita akan lihat kesannya dalam minggu mendatang ini dan membuat keputusan lanjut sebaik tiba 7 Jun,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*