Artis Viral

Pengarah Hospital Cakap Eina Azman Dan Suami Dapat Vaksin PFizer Kerana Mereka Golongan Berisiko

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan spekulasi selebriti terkenal, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser didakwa memotong barisan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 di Ipoh.

Pelakon tersebut juga turut memadam gambar yang telah dinaik ke Instagram susulan banyak pihak yang mulai mempersoalkan hal tersebut kerana pasangan ini mendapatkan vaksin bukan di stadium Ipoh tetapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Tiada istilah ‘potong barisan’

Namun begitu, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Abdul Malek Osman telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menafikan dakwaan ‘potong bariasn’ tersebut dan memaklumkan bahawa Eina Azman serta suami mendapat vaksin kerana layak berdasarkan rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan serta komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Kenyataan rasmi berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut menolak tuduhan berkenaan ‘potong barisan’ seperti yang dinyatakan oleh netizen di media sosial.

Menurut Dr Abul Malek Osman, vaksin jenis Pfizer telah diberi kepada mereka susulan daripada nasihat yang dikeluarkan doktor pakar kerana semakan mendapati pasangan ini merupakan kategori golongan yang berisiko tinggi dan suntikan diberikan di hospital.

Oleh itu, istilah ‘potong barisan’ sama sekali tidak berlaku dan pihak HRPB menafikan dakwaan tersebut.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *