COVID-19 Viral

Frontliner Turut Sebak, Bantu Video Call Untuk Anak Lihat Ibu Kali Terakhir.

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita, pelbagai SOP telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bertujuan untuk membendung penularan wabak menjadi lebih teruk.

Antara SOP yang perlu dipatuh ialah, waris kepada pesakit yang positif COVID-19 tidak boleh datang melawat kerana mereka berada dalam jagaan ketat anggota pusat kesihatan.

Malah, hingga ke akhir nafas pun hanya doa yang boleh dikirimkan buat insan tersayang.

Baru-baru ini, tular sebuah video dikongsi oleh seorang jururawat yang menunjukkan situasi sebenar yang berlaku di bilik ICU menempatkan pesakit COVID-18.

Bantu waris ‘Video Call’ ibu di ICU

Menerusi video itu, kelihatan para ‘frontliners’ hanya mampu membantu membuat ‘video call’ supaya waris dapat melihat wajah ibu mereka yang sedang tenat buat kali terakhir.

Namun begitu, tiada apa yang boleh dilakukan lagi melainkan hanya menyaksikan wajah ibu mereka melalui skrin ‘tab’ berkenaan. Apa yang pasti, mereka perlu menerima pemergian itu dengan hati terbuka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas segala jasa petugas barisan hadapan yang sanggup membantu waris walaupun dalam keadaan sibuk menjalankan tugas masing-masing.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama sebagai waris pesakit.

Hanya Allah yang mampu balas jasa frontliners

Terima kasih doktor & nurse

Selamat bertugas

Takziah untuk ahli keluarga pesakit

Kongsi pengalaman serupa

 

Sumber: TikTok @maszuraa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *