Artis Luar Negara

Baru Lepas Fotoshot Baby Bump, Netizen Terkejut Perut Lucinta Luna Kempis ‘Kegugvran’.

Baru-baru ini, selebriti kontroversi Indonesia Lucinta Luna  berkongsi momen indah saat dirinya menjalani penggambaran ‘maternity’ sambil ditemani kekasih mat salihnya, yang dikatakan bapa kepada anak dikandungnya itu.

Selepas berkongsi gambar-gambar tersebut di Instagram Lucinta Luna turut berkongsi gambar dirinya bersama kekasih ketika berada di pantai.

Namun, apa yang membuatkan netizen terkejut adalah apabila perut pemilik nama Muhammad Fatah sudah kelihatan ‘kempis’.

Mana bayinya, ghaib ke?


 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTALUNA (@lucintaluna_manjalita)

Berikutan itu, ramai netizen memberi reaksi hairan dengan gambar tersebut kerana ia jelas menunjukkan perut lelaki itu berlainan daripada gambar-gambar terdahulu.

 

Menangis sambil usap perut

Selain itu, lelaki berusia 32 tahun itu turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang terbaring di dalam tab mandi sambil menangis dan mengusap perutnya.

Dia turut memarahi netizen kerana bertindak ‘kejam’ dan mengecam dirinya di saat dia mengalami ‘struggle’ atau kesukaran dalam hidup pada saat ini, lebih-lebih lagi ketika ‘hamil’.

Dalam pada itu, pelantun lagi Bobo Di Mana itu sempat lagi mempromosikan produk pemutih ketiak dalam keadaan ‘kononnya’ sedang bersedih.

Melihat gelagatnya itu, netizen membuat andaian bahawa selebriti itu telah mengalami kegugvran…

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bertanya tentang kehamilannya dan tidak kurang juga ada yang terhibur melihat kelakuan lelaki itu yang dianggap tidak masuk akal dan lucu.

Perutnya ‘hilang’, bayi ‘ghaib’

Kenapa hamil pindah ke belakang?

Baru habis photoshoot dah kempis

 

Perut berisi lemak atau air, bukan baby

 

Mungkin kegugvran

 

Terdahulu, khabar yang mengatakan Lucinta Luna hamil telah menggemparkan rakyat Indonesia sehingga netizen Malaysia terkesan sama.

Setelah itu dia sekali lagi mengejutkan ramai dengan menjalani maternity photoshoot seperti ibu-ibu hamil yang biasanya bergambar bersama suami.

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *