Viral

Hina Agong Kerana Tidak Bertindak Dengan Kenaikan Kes Covid-19, Iswardy Morni Di Buru Polis

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni berhubung kenyataannya menerusi video secara langsung dalam laman rasmi Youtube didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, l-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya kini membuka tiga kertas siasatan susulan menerima laporan berhubung video tersebut.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Kes3ksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan Unit Siastaan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan individu ini sedang kita kesan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa Iswardy ada menghina Sultan Abdullah.

“Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8 ribu.

“Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi kalau dijemput masuk nak juga,” dakwanya.

Selain itu, dalam video itu, Iswardy turut membandingkan Sultan Abdullah dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di negeri Johor.

“Jadi Tuanku nak buat apa Tuanku, kalau tahun lepas cepat bertindak, sekarang macam mana, bila nak bertindak. Takpe lah, biar ramai rakyat Tuanku mati, lawan tetap lawan,” dakwanya lagi.

Video live itu turut mendapat tontonan sehingga 38,645 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *