Kes Covid-19 Di Malaysia Bakal Cecah 13 000 Sehari. Sistem Kesihatan Bakal Lumpuh?

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meramalkan terdapat kemungkinan angka jumlah kes Covid-19 boleh mencecah angka 13,000 kes menjelang 14 Jun mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.

Berdasarkan trend tersebut, kadar kebolehjangkitan negara pada Sabtu sehingga 14 Jun tahun ini dijangka meningkat daripada 1.15 kepada 1.2 berikutan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Pecahan R-naught (Rt) mengikut negeri iaitu antara negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi adalah Melaka (1.32), Sabah (1.31), Negeri Sembilan (1.30), Putrajaya (1.24), Kedah (1.21), Pahang (1.21), Terengganu (1.18), Kelantan (1.18).

Selain itu, Rt di negeri lain ialah Perak (1.16), Johor (1.15), Kuala Lumpur (1.13), Selangor (1.12), Pulau Pinang (1.09), Sarawak (1.07) manakala Pelis terdapat lapan kes yang direkodkan serta Labuan enam kes.

Pada Jumaat, krisis Covid-19 semakin buruk apabila KKM melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan hari ini.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

sumber : sinarharian
Sesak di SJR: Ke manakah tujuan anda pada hujung minggu ini? - Dr Noor Hisham
Menurut Dr Noor Hisham, pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan rentas daerah dan negeri telah dikuatkuasakan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mempersoal arah tuju sesetengah individu hingga menyebabkan kesesakan di sekatan jalan raya (SJR).

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau berkata pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan rentas daerah dan negeri telah dikuatkuasakan

“Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?

“Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.

“Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19,” katanya yang turut memuat naik beberapa foto serta tangkap layar kemas kini kesesakan jalan raya sekitar Lembah Klang.

Beliau pada masa sama mengulangi peringatan kepada rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.

Malah, beliau merayu supaya rakyat Malaysia membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.

“Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya.

“Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital.

“Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU (unit rawatan rapi) sudah penuh semuanya,” katanya.

Beliau akui, petugas barisan hadapan kini sudah penat, namun mereka akan terus gagah demi menyelamatkan nyawa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*