“Tuanku oh..tuanku..bangun tak”- individu Lapor Polis Pada Lelaki Perlekeh Agong.

LAPORAN POLIS KE ATAS ISWARDY MORNI

1. Pada jam 530 petang Hari Sabtu, 29 Mei 2021, waktu saya berada di rumah beralamat _, saya menonton rakaman video dalam satu laman Facebook bernama Iswardy Morni Official pada pautan berikut:

2. Rakaman video ini bukan sahaja menggunakan bahasa biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong tetapi juga mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak membuat apa-apa untuk menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara serta menyebut “lawan tetap lawan, Tuanku”.

3. Butiran penuh rakaman video tersebut dari minit 33:36 ke minit 36:38 adalah berbunyi seperti berikut:

“Tuanku, hari itu ada orang buat video pasal saya, Tuanku. Dia kata saya mengutuk Yang di-Pertuan Agong. Tuanku dapat tak video tu? Oh, Tuanku? MAEPS dekat Serdang, Tuanku. Oh, Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku, bangun tak? Tuanku, bangun tak? Ha, bangun tak bangun ni? Tahu tak apa yang berlaku kat sekeliling kita ni? Tahu tak sekarang ni angka lapan ribu, Tuanku?

Yalah, kita tahulah istana tu sedaplah, makan minum tidur apa semua kat situ, sedaplah, tahu. Ya, kita tahu. Saya tak pernah pergilah, saya pernah sampai kat luar aje, masuk tak pernah, Tuanku. Iya, kalau dijemput, Alhamdulillah, saya pun nak pergi juga, kan.

Tuanku, saya ni bawa suara rakyat, Tuanku. Kat belakang saya tengah tengok live saya sekarang ini ada lebih kurang 6 ribu orang, Tuanku. Tuanku? Tuanku? Tuanku tak nak cakap apa-apakah, Tuanku? Sultan Johor dah cakap, Tuanku. Tak kisahlah dia kata nak apa nama lockdown bersasar kah apa, at least dia bagi cadangan, Tuanku, bagus tu. Bagi saya, ok. Saya respect Sultan Johor, Tuanku.

Tuanku tak nak bagi kenyataankah? Janganlah bagi kenyataan, “Dengan ini Beta merasakan bahawa kita hendaklah duduk di rumah”. Jangan cakap macam tu, Tuanku. Itu hari-hari Muhyiddin cakap, Tuanku. Itu kita tahu. Tak, kita sekarang ni kena buat macam mana, Tuanku? Parlimen tak buka ni, Tuanku. Parlimen tak buka, kita nak bincang apa ni?

Nampak gayanya kerajaan yang ada sekarang tak tahu apa nak buat, Tuanku. Dia orang ni clueless. Dia macam monyet dapat bunga. Dia macam kera dapat bunga. Dia tak tau nilai kera tu. Dia macam kera dapat Mercedes Benz, Tuanku. Ha, kera Mat Yeh dekat Kelantan tu dapat Mercedes S Class, Tuanku, tapi haram tak reti yang tu Mercedes. Dia pergi lenjan naik atas tercabut dia punya side mirror, pergi gegar-gegar, scratch kan, ambil batu hantuk dia punya cermin, Tuanku. Ini kerajaan ada sekaranglah. Beruk dapat Mercedes Benz S Class, Tuanku.

So Tuanku nak buat apa, Tuanku? Kalau tahun lepas 2008 saya ingat lagi Tuanku ya, Tuanku cepat, cepat bertindak, oish, cepat sungguh bertindak, Tuanku. Sekarang macam mana, Tuanku? Bila nak bertindak? Tak apalah, Tuanku. Tak apalah. Biarlah ramai rakyat Tuanku matilah.

Lawan tetap lawan, Tuanku.”

4. Pada pandangan saya, kenyataan dalam rakaman video ini ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menyebut apa-apa perkataan menghasut yang boleh mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan serta di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

4. Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atasnya.

5. Sekianlah laporan saya.

 

sumber : Lajnah Penerangan Dewan Ulamak Pas Pulau Pinang

1 Trackback / Pingback

  1. Lelaki Yang Menghin4 Agong Rupanya Ahli PKR, Ini Komen Pimpinan Tertinggi PKR.. – Hiburan Myr News

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*