COVID-19 Viral

Altimet ‘Sound’ Dr Rafidah Kerana Buat Lawak Tak Sensitif Kes Kematian Covid-19 .

Sejak semalam, kecoh di laman Twitter mengenai balasan ciapan yang ditinggalkan oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah.

Menerusi ciapan pengguna Twitter dengan nama @mafeitz, pengguna tersebut menyatakan rasa gusar kerana katil di unit rawatan rapi (ICU) sudah semakin penuh.

Selain itu, pengguna Twitter berkenaan turut memberitahu sebanyak 98 kematian diumumkan.

Begitupun, seperti tidak sensitif dengan isu tersebut, Dr. Rafidah menerusi balasan ciapan berkata: “Tu 98 dikosongkan,” merujuk kepada 98 kematian yang disebut.

Rata-rata pengguna di Twitter berang dengan kenyataan yang diberikan oleh Rafidah. Penyanyi, komposer dan produser Altimet turut melahirkan rasa kesal mengenai insiden tersebut.

“Jangan melawak pasal rakyat yang sudah pergi akibat gejala ini. Kurang manis. Kurang sensitif. Kurang minat,” tulisnya ringkas.

Menerusi baasan kepada pengikutnya, Altimet juga tidak teragak-agak untuk menulis lagu tentang perkara tersebut.

Namun Dr Rafidah telah memohon maaf dan menyatakan tweet beliau telah disalah ertikan..

Sumber: Twitter Mafeizt dan Altimet (Instagram)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *