Artis

Ibu Neelofa Nafi Kritik Sultan Johor, Dedah Perbualan Dengan Pekerja Yang Salah Guna Akaun IG nya.

Kuala Lumpur: Ibu kepada pengacara popular dan sensasi, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar serta seluruh ahli keluarga di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang didakwa mempunyai akses akaun Instagram miliknya.

Noor Kartini berkata, kenyataan berhubung ketidakpuasan hati terhadap sistem raja berperlembagaan dimuat naik secara tidak sengaja oleh pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial saya yang tersebar berkenaan sistem raja berperlembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara terbabit berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses akaun media sosial saya.

“Individu itu adalah pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja telah memuat naik Instagram Story yang tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

Tangkapan layar perbualan Noor Kartini dengan kakitangannya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Menurut Noor Kartini, satu laporan polis turut dibuat berhubung perkara terbabit dan dia bersedia memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu menerusi satu hantaran di Instagram Story Noor Kartini, rata-rata banyak pihak terkejut dengan kenyataan yang dimuat naiknya yang disifatkan sudah menghina sistem raja berpelembagaan di Malaysia.

 

 

Pekerja Salah Guna Instagram, Datin Kartini Buat Laporan Polis - Oi Jom

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *