Politik Viral

Lelaki Yang Menghin4 Agong Rupanya Ahli PKR, Ini Komen Pimpinan Tertinggi PKR..

 

KUALA LUMPUR: PKR bersedia mengambil tindakan lebih tegas termasuk memecat Iswardy Morni yang didakwa menghin4 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di media sosial.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata oleh kerana isu video Iswardy sudah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), PKR akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

“PKR mengesahkan Iswardy seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hierarki pimpinan PKR Sarawak mahupun pusat.

“Kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian parti PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ucapan Iswardy di dalam video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik PKR.

Artikel berkaitan : “Tuanku oh..tuanku..bangun tak”- individu Lapor Polis Pada Lelaki Perlekeh Agong.

Semalam, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya kini membuka tiga kertas siasatan susulan menerima laporan berhubung video berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Al-Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19.

Dalam video itu juga Iswardy turut membandingkan Al-Sultan Abdullah dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor.

sumer : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *