COVID-19 Viral

Mufti Perak Meninggal Dunia Akibat Covid-19

 

Ipoh: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, 82, yang disahkan positif Covid-19 minggu lalu, meninggal dunia, hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.

Menurutnya, seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Harussani.

Allahyarham yang disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Harussani dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Ucapan takziah turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *