Artis Viral

Pengasas Kosmetik Buka Aib Tak Solat, Mufti Kelantan Bersuara.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta pihak berwajib menyiasat dakwaan seorang wanita beragama Islam tidak pernah sembahyang dan tidak tahu mengambil wuduk seperti video tular di media sosial, hari ini

Katanya, penguat kuasa agama amnya perlu menyiasat mengapa wanita itu mengeluarkan kenyataan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Dalam Islam, kita tidak boleh membuat kenyataan yang tidak baik dan menceritakan keburukan diri kepada orang ramai terutama di media sosial

“Harap ada pihak yang berautoriti akan memberi nasihat kepada wanita itu supaya dia dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Sebagai orang Islam kita perlu saling memberi nasihat untuk ke arah kebaikan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Shukri berkata, umat Islam juga tidak boleh berbangga dengan perlakuan buruk dan negatif.

Beliau turut menasihati orang ramai agak tidak menularkan video mengenai wanita itu yang berkemungkinan jahil dalam beragama.

“Tidak perlu tularkan video itu kerana (jika dikongsi) seolah-olah menyokong perbuatan dia (wanita itu),” katanya.

 

KECOH di media sosial video yang menunjukkan seorang usahawan kosmetik yang tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.

Menerusi klip video 27 saat itu yang merupakan rakaman secara pengstriman langsung di Facebook (FB Live), wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.

“Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.

“Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. ‘Macam mana Aiman ambil air sembahyang’ (tanya pada orang sebelah),” kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut dibuat.

 

Polis siasat video tular wanita mengaku tidak solat

KOTA BHARU – Polis sedang menyiasat kenyataan seorang wanita pengasas produk kecantikan mendakwa tidak menunaikan solat di dalam sebuah videonya yang kini tular di Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, laporan mengenai kes itu dibuat oleh seorang lelaki yang berusia 52 tahun selepas melihat video itu di dalam kumpulan WhatsApp kira-kira pukul 8 malam tadi.

Beliau berkata, lelaki terbabit membuat laporan kira-kira pukul 10.25 pagi tadi bertujuan supaya pihak polis menjalankan siasatan terhadap wanita yang berusia 30-an itu.

“Di dalam video berdurasi 32 saat itu, wanita berkenaan mendakwa dia tidak suka menunaikan solat dan semua orang tidak solat pada tahun ini.

“Tindakan suspek itu dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,”.

Abdul Rahim berkata, sebaik menerima laporan, pihak polis menjalankan siasatan terhadap video wanita itu yang turut mempersendakan tentang solat dan bacaan surah Yasin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksy3n 505(b) Kanun Kes3ks44n dan Seksy3n 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

sumber : kosmo / hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *