Tempatan Viral

Ramai Bersuara Mengapa Kilang Arak Boleh Beroperasi Sewaktu PKP , Ismail Sabri Tampil Umum Sesuatu..

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan semua kilang minuman di seluruh negara diarah tutup serta-merta sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan itu, MKN hari ini bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Ismail berkata, semua sektor perkilangan kecuali membabitkan 12 kategori saja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, seramai 684 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, seramai 630 individu dikenakan kompuan, manakala 45 direman dan sembilan lagi dijamin.

“Antara kesalahan yang direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka sebanyak 175 kes, gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (143), rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (83), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (79), tiada penjarakan fizikal (77), aktiviti pusat hiburan (9) dan lain-lain (118),” katanya.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan sepucuk surat dipercayai dimuat turun dari sistem MITI yang dikendalikan oleh kementerian itu.

Surat pengesahan pendaftaran syarikat itu secara jelas menyebut bahawa syarikat CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BERHAD iaitu syarikat pengeluar bir terkenal di dalam negara adalah dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP bermula 1 Jun 2021 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

Surat pengesahan syarikat dan kebenaran beroperasi dalam tempoh PKP oleh MITI

Perkara ini jelas membingungkan sebahagian besar rakyat negara ini, dimana rasionalnya sebuah kilang arak dianggap sebagai essential services dan dibenarkan beroperasi?

sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *