“Saya tutup pintu depan tapi..”- Kapsyen Sedih Dato Ismail Sabri, Kecewa Dengan “Lockdown”?

 

 

Menteri kanan keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah memuatnaik sebuah gambar di akaun media sosialnya beserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya netizen.

Dato’ Sri Ismail telah memuatnaik fotonya yang sedang berdiri di hadapan sebuah pintu neserta kapsyen ” Saya dah tutup pintu depan tapi… “.

Malah dihujung kapsyen itu juga turut diletakkan emoji sedih [ 😢 ].

Hantaran terbaru dari Dato’ Sri Ismail ini sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa ada pihak yang cuba membuka ruang kepada beberapa sektor untuk beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang telah berkuat kuasa sejak semalam (1 Jun 2021).

Ini kerana , pihak media telah melaporkan terdapat lebih dari 90,000 syarikat yang telah mendapat kebenaran untuk beroperasi sewaktu tempoh ‘lockdown’.

Di bahagian komen hantaran berkenaan, kelihatan netizen memberikan kata-kata semangat buat Dato’ Sri Ismail supaya terus kuat.

Semoga usaha Dato’ Sri Ismail Sabri serta kerajaan untuk mengurangkan jumlah jangkitan kes Covid-19 di negara kita akan berjaya.

Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi SOP dan duduk di rumah jika tiada perkara mustahak untuk dilakukan di luar.

Sumber : Instagram

95,142 syarikat dapat kelulusan beroperasi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan sekatan perjalanan penuh yang bermula hari ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya berkata, jumlah itu adalah daripada 517,144 syarikat dengan 9.67 pekerja yang berdaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) kelolaan kementeriannya setakat jam 12 tengah hari ini.

Katanya, berdasarkan jumlah kelulusan itu, dianggarkan 1.2 juta pekerja dibenarkan untuk bekerja di premis syarikat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“MITI turut menggalakkan syarikat daripada sektor yang dibenarkan beroperasi tetapi masih belum mendaftar dengan CIMS 3.0 untuk melaksanakan perkara itu dengan kadar segera.

“Ia bagi membolehkan mereka mendapat kelulusan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

“Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI melalui CIMS 3.0 hendaklah mengandungi kod QR. Ia adalah ciri diperlukan bagi membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan untuk mengesahkan kesahihan surat kelulusan,” katanya.

MITI berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan kementerian yang berkenaan untuk melaksanakan keputusan terkini.

Sehingga hari ini, katanya, sembilan kementerian sudah menyediakan senarai sektor ekonomi masing-masing yang diluluskan untuk MITI mengeluarkan surat kelulusan kepada syarikat yang berdaftar dengan CIMS 3.0.

Katanya, pusat operasi khas turut ditubuhkan bagi memastikan penyelarasan CIMS 3.0 yang berkesan serta kelancaran proses aplikasi sesuai dengan SOP PKP 3.0.

sumbe : bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*