Artis Viral

Di Tanya Kenapa Muka Ketat Sewaktu Baca Berita Isu Palestin, Jawapan Pembaca Berita Ini Buat Ramai Kagum.

Baru-baru ini, pembaca berita kacak TV3, iaitu Asrul Nizam Kadir mendedahkan bahawa ada segelintir individu yang memintanya untuk senyum ketika membaca berita.

Pembaca berita Buletin Utama itu mendedahkan perkara berkenaan menerusi sebuah hantaran di Instagram.

 

Tulis Asrul di bahagian kapsyen, dirinya sering menerima komen tentang wajahnya yang dikatakan terlampau serius dan tidak senyum ketika membaca berita.

Jelas Asrul, berita yang dibacanya adalah berkenaan isu serius yang sedang melanda Palestin dan Israel di mana ia melibatkan kesengsaraan, penindasan, kekejaman serta kesedihan. Tak mungkin dia tersenyum untuk membaca berita sebegitu.

“Minta maaf, saya tidak akan meminta orang ramai supaya menyukai saya atau menjadi peminat. Saya duduk di kerusi pembaca berita bersama tanggungjawab“, tulisnya.

Tulisnya lagi, jika mahu melihat wajah yang tersenyum, mereka boleh menonton program hiburan.

sumber : oijom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *