Artis Viral

Pernah Mengaku Tak Solat, Rupanya Usahawan Wanita Ini Upah Ustazah Ajar Mengaji 3x Seminggu

Sebelum ini netizen pernah dikejutkan dengankisah seorang ‘founder’ wanita yang mengaku dirinya tidak suka mendirikan solat.

Selain itu, pengasas produk kecantikan tersebut turut dilihat mempersendakan bacaan Surah Yasin dalam video viral berdurasi 32 saat berkenaan.

Pernah mengaku tak suka solat

Berikutan itu, ramai mengecam perbuatan wanita itu yang dikatakan membuka aib sendiri serta sengaja membangkitkan provokasi.

Pandai mengaji, bayar RM 700 ustazah mengajar

Baru-baru ini, ‘founder’ produk tersebut kembali menjadi bualan hangat apabila menunjukkan dirinya dakam keadaan kepala ditutup dengan tuala sambil mengaji al-Quran.

Selain itu, dia turut mendedahkan sanggup membayar ustazah sebanyak RM700 sebulan untuk belajar mengaji sebanyak 3 kali setiap minggu.

@aimanhafiq98

Hok mano duk ngato duk kecam tu, amik share hok mama ngaji etek ni 😆 ##fyp ##fypシ ##founder ##kelateteam

♬ bunyi asal – Aiman Hafiq

“Jangan runsing. Saya bayar ustazah RM700 sebulan ajar mengaji 3 kali seminggu. Bukan untuk anak-anak je tapi staf sekali,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap wanita itu dan menganggap kenyataannya dalam video viral tempoh hari bertujuan untuk memerli individu yang sering mengecam dirinya.

Dia cuma perli netizen masa buat live

Dia pakai tudung atau tak itu dosa dia

Lain kali jaga kata-kata

Sedap mengaji

Ramai yang suka menghukum

Dia marah orang yang kata dia tak sembahyang

Rupanya dia lagi bagus dari kita

Terdahulu, gara-gara tingkahlakunya itu, wanita itu terpaksa hadir ke IPD Kota Bharu bagi memberi keterangan tentang video viral tersebut.

Sumber: TikTok @aimanhafiq98

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *