Artis Viral

Rizalman Di Katakan Kekwat, Bagi Kucing Makan Ikan Salmon Pemberian Peminat.

 

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian netizen gara-gara pemberian peminat berupa ikan salmon kepada dirinya ditolak mentah-mentah.

Ujar Rizalman, dia memang tidak menggemari ikan salmon dan tidak mengetahui bagaimana untuk menjadikannya sebagai sebuah hidangan.

Pemberian peminat itu turut diberikan kepada kucing belaannya seperti didakwa Rizalman menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya.

 

Rizalman SalmonSumber : Instagram Rizalman Ibrahim  
“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni, tak payah..Salmon? Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon, tak reti nak makan. Ikan curut cheq tahu. Tak apalah, Faizul dan Umar suka kut.”

Dia dalam pada itu turut memesan agar peminat tidak menghantar sebarang barang basah sebagai hadiah dan sempat menyunting biodata Instagramnya yang memaklumkan bahawa dia tidak makan makanan berupa kambing, ikan keli, roti gardenia bakar, bakso dan juga ikan salmon.
Twitter Rizalman SalmonSumber : Twitter  
Perkongsian pereka fesyen itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap Rizalman tidak menghormati makanan yang diberikan peminat.

Namun, ada juga yang memahami citarasa Rizalman yang tidak menggemari ikan import tersebut.
Ikan Salmon RizalmanSumber : Twitter  
 

 
SUMBER : Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *