Terkejut PDRM Jadikan Diva AA Ikon, Suhaimi Saad Cakap Betul La Dunia Nak Kiamat.

Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan pengacara popular Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA untuk menegur mereka yang melakukan kesalahan.

Video perutusan Diva AA yang dimuat naik ke saluran PDRM RMP TV Channel.

“Diva AA kolaborasi dengan PDRM tengah viral kasi meletup ditujukan khas buat berbilion-bilion followers. Khasnya rakyat Malaysia yang degil, buta hati, tak reti bahasa.

“Jadi kerja pula PDRM nak kompaunkan kau beratus ribu kali sebab kau degil. Jadi kau dengar Perutusan Khas Truly Amazing Diva AA bersama PDRM. Siap kau! Kau tunggu lepas ini, more to go,” katanya dalam video yang dimuat naik menerusi saluran Youtube PDRM RMP TV Channel.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas positif berkenaan dengan pemilihan Diva AA sebagai jurucakap untuk menegur mereka yang tidak mahu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 22 ribu tontonan dan lebih seribu tanda suka.

Sumber: Youtube PDRM RMP TV Channel dan Murai.my

BETUL LAH DUNIA DAH NAK KIAMAT” – SUHAIMI SAAD TIDAK PUAS HATI DIVA AA DI ANGKAT JADI IKON.

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad telah mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengangkat seorang selebriti menjadi ikon.

Suhaimi telah mempersoalkan tindakan PDRM itu di dalam sebuah hantaran terbaru di akaun Instagramnya.

Tulis Suhaimi, ‘takde orang lain ke yang pdrm nak angkat untuk jadi ‘icon’? Allahu Akbar! Betul lah dunia dah nak kiamat”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Tambahnya di bahagian kapsyen ‘Nabi kata di zaman itu orang baik dikata jahat, orang jahat dianggap baik dan betul.

Terdahulu media melaporkan PDRM telah menjalin kerjasama dengan selebriti popular iaitu Azwan Ali ataupun dikenali sebagai Diva AA dalam usaha memberi amaran dan kesedaran kepada orang ramai supaya patuh kepada SOP.

sumber : oijom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*