Artis Viral

Nabila Menjawab Pertanyaan Netizen Yang Pelik Dia Dapat Vaksin Tak Sampai 3 Bulan Selepas Pulih Covid-19

Semalam, pengguna media sosial dilihat telah menzahirkan kekeliruan apabila aktres Nabila Huda ada memuat naik foto memaparkan dirinya dan suami sudah mendapatkan vaksin di Instagram.

Apa yang menjadi pertanyaan adalah apabila Nabila yang baru sahaja sembuh setelah positif COVID-19 sepatutnya menunggu lebih kurang tiga bulan sebelum menerima vaksin, seperti yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Ruangan komen foto tersebut kemudiannya dihujani pertanyaan oleh kebanyakan bekas pesakit COVID-19 dan turut berkongsi pengalaman di mana mereka telah diminta tunggu selama tiga bulan jika pernah menghidap wabak tersebut sebelum ini.

“Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas positif COVID-19? Saya keliru..” tanya seorang pengguna media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Bukankah perlu tunggu tiga bulan selepas tarikh akhir kuarantin? Saya bekas pesakit COVID-19 dan sepatutnya dapat vaksin beberapa hari lalu. Namun selepas hubungi nombor hotline dalam MySejahtera, mereka beritahu tidak perlu datang dan perlu tunggu selama tiga bulan.” – @azwn.k

Tidak mendiamkan diri, pelakon wanita berbakat ini membalas komen netizen dengan mengatakan bahawa dia hanya pergi ke pusat vaksinasi seperti yang dijadualkan seperti biasa.

“Saya tidak pasti, saya hanya pergi saja mengikut tarikh yang diberikan dalam MySejahtera. Alhamdullilah mereka tidak cakap apa-apa pun..” tulis Nabila Huda.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa bekas pesakit COVID-19 boleh menerima sunyikan vaksin sekiranya tiada antibodi dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.

SUMBER : Instagram Nabila Huda

Bekas pesakit COVID-19 boleh diberikan suntikan vaksin jika tiada antibodi

KUALA LUMPUR: Bekas pesakit COVID-19 boleh dipertimbangkan untuk menerima suntikan vaksin sekiranya tiada antibodi dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara paling penting adalah untuk melihat sekiranya ada jangkitan baharu dikesan terhadap pesakit terbabit.

“Berkaitan dengan (suntikan) vaksin, kita melihat kepada jangkitan pada (pesakit) peringkat 1 dan 2, tindak balas antibodi badan mungkin tidak dapat dikesan selepas tiga bulan.
“Kita melakukan kajian pengawasan terhadap salah sebuah sekolah madrasah.

“Kebanyakan jika ia jangkitan ringan atau tidak bergejala, antibodi tidak dikesan. Jadi bermaksud apabila antibodi tidak dikesan, biasanya kita akan sarankan suntikan vaksin. Tetapi (ada juga)yang mempunyai antibodi walaupun di peringkat teruk iaitu 4 dan 5,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media secara maya pada sesi Libat Urus Darurat COVID-19 Bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Siri 2/2021: Ujian Pengesanan COVId-19 dan Kesiapsiagaan Makmal Kementerian Kesihatan Malaysia, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah pesakit COVID-19 perlu diberikan vaksin memandang mereka sudah pun mempunyai antibodi, ataupun antibodi tersebut tidak boleh bertahan dalam tempoh satu hingga tiga bulan atau satu hingga tiga tahun.

 

sumber : awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *