Artis

“Kalau berbikini boleh tutup penuh”- Peserta Dewi Remaja Berharap Malaysia Benarkan Wanita Muslim Sertai Miss Universe.

Sebelum ini bekas peserta Miss Universe Malaysia, Deborah Henry pernah mempersoalkan tentang larangan wanita Muslim dari Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut.

Mengapa muslim di Malaysia tidak boleh menyertai Miss Universe? Jika ia berkaitan pemakaian bikini, mereka boleh memakai bodysuit bertutup penuh.

“Bukankah itu penyelesaian kepada fatwa. 2021! Sudah tiba masanya semua wanita dapat mewakili Malaysia di pentas Miss Universe,” tulis Deborah.

Terbaru, bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling menjawab soalan daripada pengikutnya di TikTok mengapa dia tidak menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia. Mempunyai rupa paras yang cantik, menurut Anna dia pernah dihubungi pihak pengurusan Miss Universe pernah mendekatinya.

Namun Anna tidak boleh menyertainya kerana dia merupakan wanita Muslim dimana ia adalah dilarang di Malaysia. Tambah Anna, dia berharap Malaysia dapat memberikan kelonggaran membenarkan wanita Muslim bertanding mewakili Malaysia. Apatah lagi Malaysia ketandusan peserta wanita berbangsa Melayu Muslim selepas kali terakhir disertai oleh pelakon Erra Fazira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *