Viral

Prof Dr Muhaya Cakap Wanita Perlu Jadi Bodoh Sikit, Sekali Dr Amalina Mula Bersuara.

 

Pakar bedah mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menerima kecaman yang hebat daripada netizen susulan perkongsiannya menerusi satu video mengenai satu tajuk mengapa wanita lambat dapat jodoh.

Lelaki suka wanita lembut

Foto: Prof Muhaya

Prof Muhaya menerusi video tersebut menjelaskan seseorang wanita itu tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebih daripada kaum lelaki.

Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat ofice kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih yang laki-laki.

So orang perempuan, walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki. Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh.

Ujarnya lagi, kaum lelaki lebih ‘suka’ terhadap wanita yang lemah lembut dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada mereka. Bagaimanapun, sehingga kini tiada respon terkini yang dikeluarkan oleh Prof Muhaya susulan perkongsiannya yang dikecam hebat oleh warganet.

Siapa tinggi testostorane, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana.

Video penuh:

Respon netizen

Menjengah ke ruangan balas video tersebut, rata-rata netizen berpendapat mungkin ramai yang ‘tersalah’ faham akan maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya.

Ujar netizen lagi, maksud utama yang cuba disampaikan adalah seseorang wanita itu perlu merendah diri dalam pelbagai aspek dan menghormati suami sendiri.

 

Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya

Sebelum ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar bedah mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menerima kecaman yang hebat susulan topik mengapa seseorang wanita itu mendapat jodoh dengan lambat. Bagaimanapun, netizen mendakwa ada yang tersalah faham dengan maksud asal yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya.

Terbaru, pelajar cemerlang yang pernah memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004, Dr Amalina Che Bakri tampil memberikan respon berhubung kenyataan itu.

 

Respon Dr Amalina

Foto: Dr Amalina

Ujar doktor pakar ini, ibunya sama sekali tidak mengajar dirinya untuk berbuat ‘demikian’ semata-mata demi mencari jodoh. Pada masa yang sama, Dr Amalina menjelaskan seseorang wanita itu tidak perlu merendah-rendahkan diri mereka demi memikat lelaki yang mereka mahukan.

Saya minta maaf tetapi ibu saya tak pernah membesarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh’ sikit di depan lelaki demi mendapatkan jodoh. Awak menyampaikan mesej yang salah kepada gadis dan wanita-wanita di luar sana. Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap intelektual mereka demi memikat lelaki.

Berbicara lebih lanjut, Dr Amalina menjelaskan seseorang itu perlu menjadi versi yang terbaik untuk diri mereka sendiri bukannya orang lain.

Ia merupakan  penghinaan kepada wanita dan lelaki. Jadilah versi yang terbaik untuk diri sendiri. Biar wanita jadi apa yang mereka mahukan. Tolong berhenti merendahkan wanita. Sekarang suami saya dah geleng kepala dia.

Terdahulu, Prof Muhaya menerusi satu video menjelaskan seseorang wanita itu tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebih daripada kaum lelaki.

Sumber: Dr Amalina

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *