Viral

[Video] Kerana Order Makanan Guna Nama ‘All4h’, Lelaki Cedera Di Belas4h Rider Fo0dpanda.

Seorang lelaki cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, Petaling Jaya dipercayai akibat menyentuh sensit1viti ag4m4, sekitar jam 2 petang tadi.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang penghantar makanan.

No photo description available.

May be an image of text

 

“Pengadu telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkan ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.
“Keadaan itu telah menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan tersebut yang terletak di Sungai Way,” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan tersebut adalah seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

“Selain pelanggan, tangkapan turut dibuat ke atas lima penghantar makanan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan lelaki terbabit dipuk0l sekumpulan penghantar makanan sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

 

Video :

https://www.facebook.com/100062960616490/videos/pcb.159287406179946/159286659513354

Sumber: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya / youtube motive view

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *