Degil Tak Nak Ambil Vaksin Punca Pihak Universiti Larang Ambil Peperiksaan. Ini Yang Terjadi Akhirnya,,

Sejak semalam, kecoh di laman sosial mengenai seorang pelajar yang dipercayai daripada sebuah universiti tempatan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana enggan menerima vaksin COVID-19.

Menerusi video yang tular, difahamkan pelajar berkenaan memberitahu pihak universiti yang dia tidak mahu menerima suntikan vaksin.

Pelajar berkenaan (kiri) membuat laporan polis di IPB Brickfields.

Namun, menurut pelajar itu, disebabkan pihak universiti mengenakan syarat perlu divaksinasi jika mahu mengambil peperiksaan, dia bersetuju untuk mengambil vaksin.

Konflik mula tercetus apabila pelajar berkenaan dikatakan tidak mendapat tarikh temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Disebabkan hal tersebut, dia tetap datang ke dewan peperiksaan pada 8 Jun lalu. Namun, pihak universiti melarang pelajar berkenaan untuk terus menduduki peperiksaan dan memintannya untuk keluar daripada dewan.

Sejurus selepas diminta untuk meninggalkan dewan peperiksaan, pelajar berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.


Menerusi media sosial, rata-rata pengguna laman Twitter tidak bersetuju dengan tidakan pelajar berkenaan.

Kata mereka, sebagai seorang pelajar perubatan, dia seharusnya tidak menolak vaksin kerana bakal bergelar individu barisan hadapan pada masa akan datang.

Selain itu, ada juga yang berpendapat pihak universiti berhak berbuat demikian memandangkan pelajar berkenaan degil untuk tidak mengambil vaksin pada mulanya.

Sumber: Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*