Menteri Pendidikan Umum Sekolah Akan Di Buka Apabila 3 Nilai Ini Tercapai..

KUALA LUMPUR: Pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka tidak akan dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya mengikut garis yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pemulihan dari satu fasa ke fasa lain akan mengambil kira purata kes harian COVID-19, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta proses vaksinasi yang dijalankan.

Purata kes harian COVID-19, penggunaan katil di ICU serta proses vaksinasi, jelas Radzi, merupakan tiga nilai ambang utama yang akan diberi perhatian oleh kerajaan dalam proses pembukaan sekolah.

Kalau ketiga-tiga nilai ambang ini tidak dicapai, maka kita tidak bergerak ke fasa berikutnya. Apa yang penting kita fahami tempoh dan tarikh jangkaan sekiranya kita dapat mencapai nilai ambang ditetapkan,” katanya dalam sidang media PPN Sektor Pendidikan pada Selasa.

Bagaimanapun, tambah beliau, sekiranya ketiga-tiga nilai ambang itu berjaya dipercepatkan, maka tempoh pembukaan sesi persekolahan juga dapat diawalkan.

Berdasarkan PPN, fasa pertama yang dikuatkuasakan pada bulan ini hanya akan memasuki fasa kedua sekiranya purata kes harian COVID-19 kurang daripada 4,000.

Sementara kayu ukur dalam aspek penggunaan katil di wad ICU pula berada pada paras sederhana dan 10 peratus populasi kadar vaksinasi di negara ini.

Manakala bagi fasa kedua ke fasa ketiga yang dijangka antara bulan Julai sehingga Ogos pula menetapkan purata kes harian kurang daripada 2,000 kes, pengunaan katil di ICU pada paras mencukupi serta 40 peratus populasi rakyat divaksinasi.

Tidak ketinggalan pada fasa ketiga ke fasa keempat pada November dan Disember pula menetapkan purata kes harian COVID-19 kurang daripada 500 sementara penggunaan katil di wad ICU pada paras mencukupi dan 60 peratus populasi rakyat telah divaksinasi.

sumber : awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*