Tular Ibu Tend4ng Warga Emas Di Percayai Cvlik Anak 0ku , Ini Penjelasan Pihak Polis

GOMBAK – Tindakan seorang warga emas berusia 80 tahun membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia didakwa cuba mencu.lik gadis tersebut, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita yang mengaku ibu kepada remaja tersebut bersama orang awam cuba menghalang kereta yang dipandu warga emas itu termasuk menye.rangnya kerana didakwa cuba menc.ulik dan melarikan remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, pengadu (ibu mang.sa) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (mang.sa) yang berusia 16 tahun telah pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan sekitar pukul 9 pagi.

“Sebaik selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp sehingga kenderaan yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang sekitar pukul 12.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang keced.eraan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan juga mendapati ketika mang.s4 bersama pengadu di gerai tempat untuk membeli sarapan, mang.s4 telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan pengadu dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas itu.

Mungkin imej 1 orang

“Warga emas yang menaiki kenderaan tanpa penumpang lain itu berhenti dan membenarkan mang.s4 menaiki kenderaannya dengan beranggapan remaja tersebut meminta pertolo.ngan.

“Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak pasti arah tuju hendak membawa mang.s4 kerana mang.s4 tidak berkata apa-apa sehinggalah ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan menuduhnya cuba membawa lari mang.sa,” ujarnya.

Menurut beliau, daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis mengesahkan tiada elemen cu.lik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan.

“Dalam k3s ini, pengadu telah membuat penarikan laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai k3s orang hilang,” katanya.

VIDEO:

 

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*