“Perang dah mula..” – Gambar Di Tangkap Tersebar, Zarina Anjoulie Ingin Saman Pegawai Polis

Selebriti media sosial, Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa dia akan membuat laporan polis selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan ditangkap kerana posit1f d4dh dalam satu serbuan di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Menurut Zarina, dia ingin mengambil tindakan undang-undang selepas mendapatkan nasihat peguamnya berhubung perkara tersebut.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan peguam tadi. Malam ini saya akan buat beberapa laporan polis terhadap beberapa pemilik Instagram.

“Insya-Allah tindakan undang-undang akan diambil nanti,” katanya di Instagram sebentar tadi.

Namun hantaran itu telah dipadamkan tidak berapa lama selepas ia dimuat naik.

Zarina yang juga pelakon Anak Pontianak itu turut memaklumkan bahawa laporan juga akan dibuat ke atas seorang pegawai polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

anggota polis wanita IPD yg bakal saya akan saman.. dimanakah intergriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? saya bimbang adakah nanti org lain akan kena senasib dgn saya juga? saya takkan berdiam diri saya akan viral kan habis habisan sampai saya dapat keadilan yg saya deserve.

Pelakon ini juga mempersoalkan integriti pegawai polis tersebut kerana sewenang-wenangnya gambar dirinya tersebar.

Pelakon tersebut juga tidak mahu nasib orang lain sama sepertinya dan Zarina mengakui dia tidak akan berdiam diri mengenai isu ini.

Zarina mengakui mahu kes ini viral kerana kerana dirinya layak mendapat keadilan.

sumber: oijom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*