Tukang Tilik Nasib Artis Indonesia, Mbak You Pernah Meramal Nasib Artis Termasuk Kematiannya..

BERITA pemergian peramal selebriti terkenal Indonesia, Mbak You pada malam Khamis mengejutkan ramai pihak.

Wanita berusia 47 tahun ini dilaporkan meninggal dunia di Hospital Premiere Bintaro, Bantan, Indonesia.

“Ya benar Mbak You meninggal dunia selepas sejam dimasukkan ke hospital berkenaan… makluman awal pengebumian di Bandung,” kata salah seorang team YouTube Mbak You iaitu Yan Pratama Adhi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum diketahui punca kematian ahli paranormal berasal Salatiga, Jawa Tengah itu.

Mbak You sebelum ini sering mencipta kontroversi apabila meramal nasib beberapa selebriti dan tokoh politik negara berkenaan, malah dia juga pernah membuat ramalan menakutkan mengenai bencana alam yang akan berlaku.

Dia juga pernah meramalkan dirinya akan meninggal dunia, baru-baru ini.

Berikut ialah antara empat ramalan Mbak You yang menjadi perbualan netizen di negara seberang.

1. Ramal kematian diri sendiri.

Mbak You Pernah Ramalkan Dirinya Meninggal Dunia Sebelum Usia 50 Tahun, Denny Darko Syok Terawang sang Peramal Benar-benar Terbukti

Perkara itu diluahkan oleh Mbak You dalam rakaman podcast bersama Denny Darko pada 21 Jun lalu.

“Jadi Mbak You tahu bila akan meninggal?” tanya Denny.

“Iya saya tahu… meninggalnya saya di umur ini (ditapis) kerana sakit,” jawab Mbak You.

2. Ramalan Aurel Hermansyah mudah gugur.

Nama Mbak You cukup sinonim dengan dunia selebriti hiburan, dia pernah meramal Aurel akan mengalami keguguran dan memiliki dua orang cahaya mata.

“Aurel akan gugur dulu dan baru miliki anak. Sebelum terima anak pertama dia memang akan gugur dulu.

Aurel Hermansyah sedia kahwin muda dengan Atta Halilintar - “Buang masa bercinta lama-lama!” - Bintang Global | mStar

“Keadaanya juga lemah, jadi harus berhati-hati dan menjaga kesihatan. Ya dia bahagia, boleh dikatakan bahagia tapi harus dilihat di sisi lain Aurel juga ada kelemahan,” katanya pada 20 Mei lalu.

3. Ramalan artis terjerat pengambilan dadah.

Mbak You juga pernah meramal mengenai penangkapan artis kes dadah dan mengejutkan apabila ia benar-benar terjadi.

“Tahun 2019 banyak yang wow kerana masyarakat sekarang tidak mengira sesiapa mengambil barang terlarang itu,” katanya.

Selepas membuat ramalan itu, pelawak Nunung ditangkap di rumah bersama suami dan ditemui beberapa dadah terlarang.

Komedian Nunung Ditangkap Saat Mengkonsumsi Sabu - Kabar24 Bisnis.com

4. Ramalan Laudya Cynthia Bella bercerai.

Ramalan Mbak You mengenai rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akan berakhir dengan penceraian menjadi kenyataan.

Menurut laporan Tribunnews, peramal ini mengaku dirinya pernah membuat ramakan akan ada artis awalan namanya bermula huruf B akan bercerai.

Artis yang dimaksudkan oleh Mbak You itu ialah Laudya Cynthia Bella.

Wanita zaman sekarang memang suka kita punya” - Ada yang cuba rampas suami Laudya Cynthia Bella? - Bintang Global | mStar

“Saya pernah cakap di beberapa media. Pada 2017 bahawa hujung perkahwinan Laudya Cynthia Bella akan retak, hancur dan berkecai,” katanya.

Dalam pada itu kepercayaan kepada tukang tilik atau bomoh adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan syirik kepada Allah.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*