Dekat Balai Polis Zarina Anjoulie Berani Langgar SOP, Tak Pakai Mask Siap Tangkap Gambar Berpelukan.

Selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie telah memuatnaik beberapa keping fotonya di Instagram.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah, Zarina dilihat tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal di dalam foto yang diambil di balai polis itu.

Selepas ramai yang mempersoalkan tindakannya yang tidak menjaga SOP, Zarina dilihat telah menutup ruangan komen untuk gambar itu.

Namun selepas beberapa ketika, Zarini dilihat telah memadam gambar-gambar itu dari akaun Instagramnya.

Adakah SOP di balai polis sudah berubah? Oijom pun tak pasti. Tapi Zarina berani mati memuatnaik gambar berkenaan seolah-olah tiada lagi SOP yang ditetapkan.

 

Polis buka kertas siasatan kes gambar selebriti wanita di IPD Nilai

Seremban: Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang selebriti dikatakan berada dalam bilik Bahagian Siasatan Jenay4h N4rkot1k Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang gambarnya tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan, selebriti wanita itu telah membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan di IPD Nilai, semalam.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksy3n 509 Kanun Kes3ksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksy3n 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mohd Fazley berkata, pihaknya memandang serius terhadap laporan yang dibuat serta tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan prosedur siasatan.

“Kita menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan isu ini dan memberikan ruang kepada pihak polis menjalankan satu penyiasatan secara telus dan adil,” katanya.

 

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*