
KUALA LUMPUR: Berulang kali penyanyi dan pelakon s3ksi, Farahdhiya diganggu mesej nakal berbaur lucah daripada lelaki hidup belang dalam media sosial, malah perbuatan semakin menjadi-jadi hingga menggugat keselamatannya.
Berkongsi tindakan keterlaluan lelaki berhidung belang dalam di Instagram (IG) Story, Farahdhiya mendedahkan, ia bermula apabila seorang lelaki bertindak menghantar mesej peribadi melamar dirinya.
Namun, apa yang menakutkan apabila lelaki itu bertindak seperti pengintip apabila mengetahui gerak-geri dan rutin hariannya termasuk lokasi serta masanya melakukan aktiviti berjoging.
Mengulas lanjut perkara itu, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Bertakhta Di Hati itu mengakui, situasi berkenaan sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan, apatah lagi, perbuatan lelaki berkenaan disifatkan sebagai satu anc4man kepada keselamatannya.
“Saya jadi takut apabila lelaki berkenaan tahu lokasi dan jam berapa saya selalu berjoging pada waktu petang. Jika ikutkan, saya malas mahu layan, tetapi apabila memikirkan tindakannya boleh menggugat keselamatan diri, timbul pula rasa bimbang.
“Disebabkan itu, saya terpaksa menghentikan aktiviti senaman. Bagaimanapun, saya belum sampai tahap mahu membuat laporan polis kerana agak leceh mahu keluar rumah dalam fasa sekatan penuh pergerakan, ketika ini.
“Saya agak par4noid nak keluar rumah pada waktu begini. Namun, lelaki ini memohon maaf selepas saya berkongsi mesejnya dalam IG. Sekarang saya sudah kembali berjoging tetapi perlu berteman demi keselamatan,” katanya kepada BH Online.
Farahdhiya menambah, dia memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ramai terkesan terutama dari segi emosi hingga ada yang bertindak di luar kawalan.
Namun, tegasnya, itu bukanlah alasan untuk mereka menjadikan media sosial sebagai tempat melepaskan geram, sekali gus membuatkan orang lain berasa tidak selesa dan diburu ketakutan.
“Dalam perkongsian, saya memang ada kaitkan isu yang dihadapi dengan tekanan emosi. Tetapi, ia bukanlah bermaksud semua lelaki mengalami depr3si. Sebaliknya, ia ditujukan kepada lelaki yang saya anggap ps1ko apabila menjadikan saya sebagai fantasi s3ksual mereka.
“Bukan sahaja mesej nakal, malah ada yang sanggup menghantar gambar al4t svlit atas gambar saya. Perbuatan ini sangat menjijikkan. Disebabkan itu, saya berdoa moga PKP cepat berlalu dan mereka yang ‘gila s3ks’ kembali normal,” luahnya dalam nada geram.
Diusik pertanyaan mungkin sudah tiba masanya untuknya mencari calon suami yang boleh menjadi peneman dan pelindung diri daripada gangguan dialaminya, tanpa berselindung penyanyi berusia 37 tahun itu mengakui sedang berusaha ke arah itu.
“Terus-terang, saya sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Dalam situasi PKP seperti ini, terdetik juga dalam hati, alangkah indahnya jika saya sudah bersuami. Ada juga teman menghilangkan rasa sunyi.
“Saya berkawan dengan ramai orang. Tidak dinafikan, ada juga menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan lebih serius. Namun, masalah saya sekarang adalah apabila lelaki itu minat, saya pula tidak boleh menerima, begitu juga sebaliknya.
“Disebabkan itu, saya masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami. Mungkin selepas PKP tamat kerana masa itulah baru boleh keluar berjumpa orang,” ujarnya sambil tertawa.
Semakin matang usia, wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkata, kriteria lelaki idamannya lebih kepada seorang bersikap sederhana dan tidak cemburu buta.
“Saya lebih suka lelaki berperwatakan sederhana dan tidak berlagak ‘macho’ apabila bersama saya. Paling pantang, lelaki cemburu buta.
“Belum apa-apa sudah melarang saya bergaul dengan rakan lelaki atau menghalang saya terlalu bergaya kerana bimbang akan membuat lelaki lain terpikat.
“Kehendak dia, saya tidak boleh berhias atau kelihatan cantik. Dia kena tahu, sebagai selebriti, sudah tentu saya kenalah bergaya mengikut tempat dan situasi. Tidak bolehlah nak bersikap cemburu buta,” ungkap pemilik nama lengkap Farahdhiya Mohd Amin ini
Leave a Reply