” Tak perlu tunggu arahan Bukit Aman..”- Yusuf Azmi Bersuara, Segera Buat Tangkapan Pelaku Bella.

Tanda pagar #JusticeForBella kini sohor di Twitter dengan lebih 31,000 ciapan.

Orang ramai dilihat bersimpati dengan nasib menimpa seorang anak penghidap sindrom down yang disyaki didera.

Remaja perempuan berusia 13 tahun itu dijadikan sebagai anak angkat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Siasatan polis

Mengulas lanjut, Akhi Fairuz berkata difahamkan Pengasas Rumah Kebajikan Bonda, Siti Bainun telah ditahan oleh pihak polis pada 6 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, segala hasil siasatan polis tidak diketahui selepas hampir tiga minggu laporan polis dibuat.

“Penasihat Rumah Bonda adalah Tuan Syed Azmi sendiri. Siti Bainun pula adalah pengasas rumah berkenaan.

“Maka, tidak pelik netizen berpusu-pusu menziarahi Facebook Syed Azmi bertanya pelbagai soalan yang berkaitan.

“Menurut Syed Azmi, Bella tidak tinggal di Rumah Bonda, tetapi tinggal di kondo Siti Bainun.

“Namun, siaran langsung Wanita Hari ini, 31 Julai lalu, jelas-jelas terlihat wajah Bella yang ketika itu berbaju oren berada di Rumah Bonda.

“Dan faktanya adalah sejak Julai 2020 hingga Oktober 2020, Bella menetap di Rumah Bonda, rumah yang menempatkan remaja hamil luar nikah yang kemudiannya disahkan Kementerian Pembangunan Wanita tidak berdaftar,” katanya.

Jelas Akhi Fairuz lagi, Bella kemudiannya berpindah ke kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju sehingga remaja OKU itu ditemui dalam keadaan menyedihkan pada 23 Jun lalu.

“Siti Bainun juga menjaga enam lagi kanak-kanak yang lain, dengan dua orang sama seperti Bella, kanak-kanak OKU.

“Bayangkan, jaga anak angkat di rumah sendiri disamping menjaga para remaja di Rumah Bonda.

“Macam mana nak urus tu? Lagi pula beliau bujang. Macam mana boleh dapat kelulusan untuk jaga?” soalnya.

Kes menimpa Bella ini kemudiannya menarik perhatian orang ramai termasuk pempengaruh atau ‘influencer’, antaranya Cikgu Mohd Fadli Salleh yang menyerahkan kepercayaan kepada siasatan polis.

Rata-rata warganet menganggap terlalu banyak keraguan dalam kes penganiayaan terhadap remaja OKU itu.

“Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada pihak polis dalam isu ini!

“Saya ada juga terbaca komen, katanya Bella terkena air panas. Takkanlah terkena air panas sampai jadi macam tu sekali? Tak logik langsung,” tegas Akhi Fairuz lagi.

Yusuf Azmi merupakan seorang aktivis kemasyarakatan yang sebelum ini terkenal dengan sikap beraninya lantang bersuara kepada pihak berwajib agar segera melakukan tangkapan ke atas pelaku yang mendera Bella..

“Sekiranya kes ini di bawah IPD anda, lihat la kes ini, tidak perlu menunuggu sebarang arahan untuk mengambil tindakan kepada pelaku zalim..

“Jangan tunggu arahan dari Bukit Aman, tak perlu tunggu arahan daripada atasan, awak seorang yang  boleh menjalan kan amanah. Yang mampu buat keputusan.. ambik tindakan buat tangkapan segera samaada kes ini boleh dituduh atau tidak itu tanggujawab Jabatan Peguam Negara..”

“Tapi hari ini ..pelakunya masih bebas di luar..”

 

sumber : Video Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*