Geng Akak Sanggul ‘ Belasah’ Pejalan Kaki Rupanya Positif Dd4h, Tidur Lokap 3 Hari.

Ingat lagi video pergaduhan akak ‘sanggul’ semalam? Terbaru, seramai tujuh suspek yang terbabit dalam kejadian di Pasir Tumboh, Kota Bharu itu direman tiga hari mulai hari ini.

Menurut laporan Utusan Online, empat suspek lelaki dan tiga suspek wanita yang berusia antara 19 hingga 46 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Ke­seksaan kerana merusuh.

Memetik laporan Sinar Harian pula, lima daripada mereka termasuk tiga wanita positif dadh selepas melakukan saringan air kencing.

Sebelum ini, rakaman video berdurasi lebih tiga minit itu tular di media sosial memaparkan seorang buruh lelaki berusia 30 tahun dibelasah beramai-­ramai oleh kumpulan suspek yang menaiki kereta Perodua Alza.

 

Difahamkan, punca kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerja sebelum dihampiri kereta itu yang turut membunyikan hon.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek sekali gus membuatkan mangsa hilang sabar dan menendang Perodua Alza tersebut sebelum dipukul beramai-ramai di tepi jalan.

Malah, rata-rata warganet lebih memberikan perhatian kepada penampilan salah seorang suspek wanita yang bertudung sanggul tinggi namun lagaknya tidak ubah seperti seorang samseng apabila turut menendang mangsa.

Sumber: Utusan Online (Zaain Zin) , Sinar Harian / foto kredit (Adila Sharinni Wahid)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*