Semua Tuduhan Telah Di Jawab Dalam Sidang Media Ebit Lew. Ini Kesimpulannya…

Sebentar tadi, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) menerusi live di beberapa platfom tampil menjelaskan perkara ‘sebenar’ susulan kontroversi misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin. Apa yang diceritakan oleh beliau adalah berdasarkan beberapa dakwaan yang dilemparkan oleh penyanyi rap, Ariz Ramli dan aktivis terkenal di Gaza Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman.

Sama sekali tak pernah cium kaki

Ujar UEL, tomahan yang diberikan sama sekali tidak benar apabila dia didakwa melutut dan mencium kaki Menteri di Gaza. UEL menjelaskan dia tidak pernah melakukan perkara tersebut yang sama sekali bertentangan dengan apa yang telah diajarkan oleh agama.

Berbicara lebih lanjut, UEL mengambil keputusan untuk block Caprice di laman Instagram susulan tindakannya yang disifatkan sebagai terlampau ‘negatif’ ditambah pula, waktu yang tidak bersesuaian apabila UEL baru sahaja kehilangan ayahnya yang tersayang baru-baru ini akibat akibat menghidap penyakit kanser perut tahap akhir.

Dia kata saya tak patut post pasal melawat ayah. Ini perangai macam kawan atau sahabat, dia boleh marah macam tu. Luka hati saya. Saya ambil phone tu, saya lempar sebab saya sedih sangat.

 

Tidak pernah bincang dengan Neelofa, Harris dengan Caprice untuk pergi ke Gaza

UEL juga menafikan sekeras-sekerasnya berhubung dakwaan yang mengatakan beliau telah mencuri dokumen yang akan digunakan oleh Caprice, Pencetus Umah (PU) Harris, Neelofa dan Heliza bagi membolehkan mereka untuk masuk ke Gaza. Berbicara mengenai sijil yang diterima, UEL menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah membeli sijil Duta Muhibbah yang diberikan oleh Menteri di Gaza.

Dia tegur pasal patung. Kemudian tegur pasal saya melawat ayah saya. Saya sedih, sebab dia macam kawan. Ayah tengah nazak, bukan lawat biasa. Bagi saya ia melampau & sedih. Kemudian ayah saya meninggal dunia. Yang menyakitkan hati saya blocked.

Dia rancang dia, Neelofa, Harris dan Ebit Lew akan pergi sekali. Apa-apa Ebit Lew buat, dia ambil dokumen lari pergi jumpa Datuk Hishamuddin. Wallahi saya tak pernah bincang denga Neelofa, Harris dengan Caprice untuk pergi ke Gaza. Saya sangka baik, mungkin dia stres makan pil. Wallahi memang saya tak pernah jumpa mereka untuk bincang pergi Gaza.

Pada masa yang sama, UEL turut akui hatinya terluka dengan segala tuduhan-tuduhan yang tak berasa yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada keluarganya.

Terbaru, menerusi IG LIVE sebentar tadi UEL menjawab pertanyaan pihak media mengenai pembantu peribadinya yang dikatakan terlalu kebudak-budakan dan mempunyai banyak ‘cerita’ kurang elok seperti yang didedahkan di media sosial.

Dakwaan yang dilemparkan oleh Nadir Al-Nuri

Menurutnya, orang ramai hanya mendengar dari satu sumber sahaja iaitu dari Nadir Al-Nuri. Tujuan Ustaz Ebit Lew untuk pergi ke Gaza adalah hanya untuk membantu mereka yang memerlukan serta niatnya hanya untuk Allah SWT dan segala pembelanjaan di sana, dia memakai duitnya sendiri dan tidak pernah membuka tabung untuk pergi ke Gaza.

Ujarnya lagi segala kata-kata yang Nadir telah menguriskan hati Allahyarham bapanya, namun Ebit Lew telah memaafkannya kerana dia merupakan individu yang baik.

Saya dapat mesej orang panggil saya penunggang agama, dajjal, babi makan duit haram. Ada orang mesej anak saya, ada orang mesej isteri saya.

Saya pergi sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi ke Gaza. Saya pergi dengan sahabat yang sangat rapat dan rakan-rakan di Facebook. Sepatutnya siapa yang perlu jawab duit RM20 juta tu? Patutnya Nadir Al-Nuri yang menjawab kat mana RM20 juta tu berada.

Tambah Ebit Lew lagi, dia pergi ke Gaza menggunakan duit sendiri serta hasil bantuan beberapa rakan baik di Malaysia.

Dakwaan mengenai PA adalah fitnah

Ustaz Ebit Lew menjawab persoalan mengenai isu tukar pembantu (PA). Menurutnya, apa yang terjadi sekelilingnya masih dalam pengetahuannya dan segala dakwaan yang terpalit dengan pembantu peribadinya adalah fitnah sama sekali.

Tapi apa yang dituduh tu adalah melampau, fitnah. Kalau betul saya mengaku je.

Team saya terdiri daripada ramai orang, macam-macam latar belakang. Team saya ni ibarat mesin basuh kain kotor bila keluar jadi bersih.

Dalam team ni semua orang kita ambil. Mudah-mudahan semua nanti jadi baik. Ada yang bawah jambatan. Saya kutip budak dari dalam hutan jadi sebahagian team. Dulu transgender, ada juga.

Walau bagaimanapun, Ebit Lew menegaskan bahawa bukan tugasnya untuk menilai seseorang dan tidak akan merendahkan mana-mana orang sekalipun.

LIVE PENUH :

sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*