Satu Lagi Media Antarabangsa Siar Kematian Siti Sarah

Siti Sarah meninggal dunia - Sensasi | mStar

KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, terus mendapat liputan media antarabangsa apabila terbaharu, platfrom hiburan, gaya hidup dan budaya pop gergasi dunia, E! News menyiarkan berita kematian penyanyi popular itu.

 

 

Memetik laporan New Straits Times (NST), artikel bertajuk ‘Malaysian singer Siti Sarah Raissuddin dies of Coronavirus after giving birth (Penyanyi Malaysia Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas melahirkan anak akibat COVID-19), menyebut komuniti muzik hilang sebutir bintang dengan pemergian Siti Sarah.

Tangkap layar artikel mengenai pemergian Allahyarham Siti Sarah yang disiarkan E! News. Foto IG E! News
Tangkap layar artikel mengenai pemergian Allahyarham Siti Sarah yang disiarkan E! News. Foto IG E! News

 

Paparan berita itu dan pautannya turut dikongsi di akaun rasmi Instagram (IG), E! News yang mempunyai lebih 17 juta pengikut, malam tadi.

Semakan pada ruang komen mendapati, pengikut IG E! News dari seluruh dunia meluahkan rasa sedih atas nasib yang menimpa isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu itu.

 

E! News menyebut komuniti muzik hilang sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah. Foto IG E! News
E! News menyebut komuniti muzik hilang sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah. Foto IG E! News

 

Antara komen dilayangkan menyebut biarpun tidak mengenali Siti Sarah, berita pemergian ibu beranak empat itu selepas bertarung dengan COVID-19, meruntun hati.

Seorang pengikut meluahkan:

“Tidak pernah dengar namanya (Siti Sarah) tetapi berita ini sangat menyedihkan. Saya harap keluarganya tabah menghadapi dugaan pada saat yang cukup getir ini.”

Rasa duka turut dikongsi seorang lagi pengikut yang mengaku terkesan dengan berita pemergian Allahyarham Siti Sarah.

“Biarpun tidak kenal, saya sangat terkesan dengan berita ini. Rasa amat sedih mengenangkan suami dan anak-anak yang masih kecil ditinggalkan.

“Harap mereka gembira dengan kenangan manis yang pernah dikongsi bersama,” katanya.

Entri dimuat naik E! News itu turut menarik perhatian selebriti Malaysia seperti Sherry Ibrahim dan Ika Nabella yang berkongsi kesedihan melalui ruang komen.

Sehingga jam 8.30 pagi tadi, entri berkenaan meraih lebih 32,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19, pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E! News (@enews)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*