Lelaki Mengamuk Bawa Sabit , Polis Maklumkan Motosikal Orang Awam Pun Di Rampasnya..

Gopeng: Lelaki mengamuk dengan memanjat bumbung kereta unit peronda (MPV) polis sebelum melibaskan parang dan sabit di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan pintu masuk Balai Polis Gopeng, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu susp3k berusia 61 tahun memasuki kawasan Balai Polis Gopeng, Kampar dengan menunggang motosikal dan membawa parang serta sabit bersamanya.

Menurutnya, susp3k kemudiannya dilihat melibaskan parang dan sabit yang dibawanya di hadapan pintu masuk pejabat balai polis berkenaan.

“Pegawai polis yang bertugas bertindak menenangkan susp3k serta menghubungi bantuan bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Susp3k bertindak keluar dari kawasan balai dan menuju ke Jalan Ipoh-Kuala Lumpur namun disekat oleh polis di hadapan pagar balai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, sebuah MPV Balai Polis Gopeng diletakkan di tengah jalan sebelum itu bagi tujuan menghalang orang ramai daripada melalui kawasan terbabit.

“Susp3k kemudiannya meluru ke arah kenderaan terbabit dan memanjat bumbung MPV serta melibas parang dan sabit yang dibawa bagi mengelakkan didekati polis,” katanya.

Beliau berkata, pada kira-kira jam 9.30 pagi sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng tiba di tempat kejadian bagi membantu pihak polis melakukan proses tangkapan.

“Susp3k berjaya ditahan selepas bomba memancutkan air ke arah susp3k yang kemudiannya jatuh ke jalan dan susp3 didapati mengalami kecederaan daripada proses tangkapan berkenaan.

“Video kejadian tangkapan berkenaan dikesan tular di media sosial sejurus tangkapan berkenaan dilakukan,” katanya.

 

LELAKI mengamuk sambil melibas parang dan sabit di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan pintu masuk Balai Polis Gopeng, hari ini. FOTO tular
LELAKI mengamuk sambil melibas parang dan sabit di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan pintu masuk Balai Polis Gopeng, hari ini. FOTO tular

 

Beliau berkata, hasil ujian air kenc1ng yang dilakukan mendapati susp3k positif ddah jenis m3thamphet4mine dan heroin dan semakan juga mendapati susp3k mempunyai 16 rekod lampau bagi kesalahan jenayah dan narkotik.

Menurutnya, turut dirampas ialah sebilah parang, sebilah sabit, motosikal dan empat kunci.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, susp3k mengamuk serta merampas motosikal milik orang lain di kawasan Pasar Awam Lawan Kuda dan kemudian menuju ke kawasan perumahan Kopisan sebelum bertindak masuk ke Balai Polis Gopeng.

“Justeru, polis ingin menasihatkan kepada orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat,” katanya

 

Sumber: hmetro & Man Kulim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*