Iqbal Ucap Selamat Tinggal , Kini Berhijrah Ke Indonesia Bawa Hati Yang Terluka.

Nama Ahmad Iqbal Zulkefli rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi susulan beberapa kontroversi yang tidak sudah-sudah berkaitan dirinya sejak kebelakangan ini.Selepas isu tidak jadi kahwin dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Iqbal sering menjadi perhatian media dengan pelbagai lagi kisah kontroversi.

Ada urusan kerja dan terus tinggal di sana

Dia akui menerima banyak kecaman daripada netizen sehingga berasa begitu kecewa dengan segala tohmahan terhadapnya.

Jadi, menerusi perkongsian di akuan TikTok pemuda berusia 27 tahun, dia telah membawa bagasi besar dan mengatakan akan ke Indoensia untuk urusan kerja sekali gus ingin berhijrah ke sana.

video di sini  @ahmadiqbalzulkefliSELAMAT TINGGAL MALAYSIABermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia. Memang atas urusan kerja, namun saya harus bawa diri. Saya pamit.

 

Bawa diri, ucap selamat tinggal Malaysia

Dalam kapyen yang ditulis dalam video tersebut, Iqbal telah mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia dan akan mula tinggal di negara seberang.

“Selamat tinggal Malaysia. Bermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia. Memang atas urusan kerja, namun saya harus bawa diri. Saya pamit,” tulisnya.

 

Terima kasih kepada yang menyakiti
Tak hanya itu, pemuda tersebut juga sempat ‘berterima kasih’ kepada mereka yang telah menyakitinya dan menghargai mereka yang sentiasa menitipkan doa agat dia terus kuat.

Iqbal berharap agar dapat menemui kebahagian di Indonesia dan bertemu jodoh dengan orang yang tepat.

“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan. Berharap di Indonesia saya bisa bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan luka.”
“Salam hormat untuk rumah baruku Indonesia. Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, silakan tinggal di sini, saya akan baca dengan sepenuh hati,”ujarnya.
Untuk makluman, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini pernah mencetuskan kontroversi apabila memaklumkan akan berkahwin dengan usahawan tersebut sekitar hujung tahun ini.

Namun perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan disebabkan beberapa isu. Jadi, dia telah mengeluarkan sebuah lagu yang berjudul Hujan bagi menceritakan apa yang telah berlaku dalam hidupnya selama ini.

Disebabkan pelbagai kontroversi tersebut, dia teruk dihentam netizen yang sudah muak mendengar kisah-kisah berkenaan hidupnya yang penuh dengan cerita setiap hari.

Sumber: TikTok ahmadiqbalzulkefli, Instagram ahmadiqbalzulkefli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*