“Kita tiada persediaan hadapi banjir tiap tahun..”- Yuna Kesal Pemerintah Negara Seakan Tidak Serius Perubahan Iklim.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda di beberapa kawasan Lembah Klang sehingga ramai yang mengalami kerosakan harta benda serta menyebabkan kemalangan jiwa.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat meluahkan rasa marah apabila ramai mangsa terpaksa menunggu lama untuk bantuan tiba.

Malah, Yuna turut mengatakan Malaysia tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi banjir setiap tahun serta mempersoalkan mengapa pemerintah seolah tidak ambil serius tentang masalah perubahan iklim negara.

 

“Rasa tidak berdaya dan marah apabila ramai mangsa banjir terpaksa menunggu berjam lamanya sebelum bantuan sampai.

“Kita tidak mempunyai persediaan (untuk menghadapi banjir) setiap tahun. Dan, bencana banjir di Malaysia semakin teruk tahun demi tahun. Mengapa tidak para pemerintah ambil serius masalah perubahan iklim?,” soalnya.

 

Sementara itu, menerusi satu perkongsian lain, Yuna turut menitipkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan peliharaan di kawasan banjir.

 

sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*