Lepas Kecoh kes mng4muk, Kak Long kongsi apa yang berlaku kepada dia sampai kena pergi hospital

Terdahulu INSIDEN seorang wanita yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka di Terengganu ‘memeriahkan’ media sosial minggu ini.

Semuanya gara-gara sebuah video yang tular memaparkan wanita berkenaan yang dipanggil ‘Kak Long’ berang apabila anak lelakinya didakwa mencuri oleh seorang pekerja di kedai serbaneka itu.

Video berkenaan meraih jutaan tontonan dan memperlihatkan ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan bertindak penuh emosi dengan meninggikan suara serta melakukan Facebook Live sebagai pengajaran kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Bagaimanapun, punca insiden itu berlaku akhirnya terlerai apabila seorang lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Dalam perkembangan terkini, Kak Long sekali lagi membuat live di FB berkongsi keadaan dia sekarang di mana suspek alregik. Bibir dan tangan jug akelihatan bengkak dan meraka sekeluarga dalam perjalanan menuju ke hospital

Dalam pada itu, Kak Long juga memberi peluang kepada anak lelaki dia, Adam untuk memohon maaf

“Adam minta maaf doh, tak mahu tengok mama menangis. Tak mahu lagi cakap macam tu. Nanti akan minta maaf dengan KFC”

Reaksi netizan

“Bagus adam ni..budok cerdik ni..inn shaa Allah Akan jadi anok soleh dunia akhirat…”

“Betul….kita ingat je…jgn prnh jatuhkan seseorang…kita x blh menunding jari ..kita kena tgk diri kita dlu …senang cerita kita bkn malaikat…kita bkn xprnh bt salah….fikiran kita biar kita bersih hati ni”

Ramai tanya anak sakit apa, Kak Long mula buka cerita kisah pasal Adam jumpa ustaz…

Sejak dua kejadian itu, Kak Long yang dilahirkan sebagai Wan Nor Baizura tidak aman apabila namanya terus menjadi sasaran kebencian, kemarahan serta kecaman netizen.

Tidak terkecuali tentunya anak lelaki Kak Long iaitu Adam yang dilabel netizen sebagai kanak-kanak yang biadab dan kurang didikan orang tua.

Dalam satu video terbaharu, Kak Long sekali lagi tumpah air mata dan mengakui sedang mencari ikhtiar untuk mengubah sikap anaknya itu.

“Orang yang kenal perangai anak saya, dia tahu. Saya pun sekarang ni tengah berubat. Saya bawa anak jumpa ustaz, saya ikhtiar supaya anak saya berkata molek-molek (baik-baik).

“Alhamdulillah, kalau awak nak tolong saya lagi, mari je tolong saya. Bukan tolong dengan wang ringgit pun tak apa, tolong didik saya. Yang mana ada ilmu agama, mari didik saya, mari didik anak saya,” ujarnya sambil mengesat air mata dengan sehelai tuala.

Dalam video sama, Kak Long akui tidak pandai mendidik anaknya, namun tidak dapat berkongsi butiran selanjutnya mengenai situasi yang dialami.

“Saya jumpa ustaz sebab saya ni sebenarnya, saya lemah guys. Saya lemah. Saya akui saya tak pandai didik Adam, saya akui. Tapi saya tak boleh cerita sepenuhnya.

Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya.

“Tapi tak apalah, awak nak doa kepada saya buruk-buruk… tak payahlah. Saya takut doa ni berbalik kepada awak. Saya akui kesilapan saya.

“Tapi ambillah pengajaran daripada saya atas benda yang dah jadi. Saya tak boleh diamkan diri sebab saya tak nak lari daripada kesilapan saya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga sama seperti insan lain yang boleh berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya. Cuma hari tu saya tak boleh nak kawal Saya minta maaf,” ujar wanita dari Terengganu itu.

Rakaman ketika Kak Long di KFC turut dikecam netizen.

“Dan saya pun dah minta maaf dengan staf KFC, staf 7Eleven. Awak nak apa pula hari ni?” soalnya lagi.

Untuk rekod, nama Kak Long hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven pada Rabu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada Khamis, wakil 7eleven telah bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Dia pada Jumaat bagaimanapun sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Berhenti Sekejap Dari Sosial Media

“kak kena berenti sekejap dari media sosial ni nanti lagi tension. jangan tengok sgt benda ni sekejap akan brenti xlama. lagi kak tension nanti. jgn tgk dlu. kak doa kat allah. jaga anak2.” komen seorang netizan

“berubah la kk lepas ni allah tgur kita ni. kita semua ada salah. terkejut tgk video kat kfc tu pulak. bella knal kak mmg baik orgnya.”

Terdahulu PERMOHONANmaaf Kak Long atau Wan Nor Baizura kerana berslkap ksar nampaknya ggal memberi impak kepada orang apabila dia terus menerima kcaman.

Menerusi temubual dengan mStar, Kak Long bagaimanapun berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan kata-kata kes4t Terhadapnya dan keluarganya.

Malah kata Kak Long, dia sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas apa yang terjadi.

Dalam pada itu anak lelaki Kak Long dikenali sebagai Adam yang berusia lapan tahun berkata dia pada mulanya masuk ke kedai serbaneka tersebut untuk membeli air.

Namun tanpa disngka, Adam mendkwa kakitangan kedai berkenaan menvduhnya ingin mencurl mainan serta mengvgut untuk membawanya ke balaiP0lis.

Sebelum ini Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di platform TikTok, pengurus kedai tersebut tampil menceritakan kembali situasi sebenar kejadian, yang dikatakan berpunca daripada salah faham antara pekerjanya dan juga pelanggan.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki yang didakwa mencuri itu memberitahu kepada kakitangan kedai serbaneka terbabit.

Bagaimanapun, pengurus kedai serbaneka itu berkata, berdasarkan semakan rakaman litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan tidak bersalah, malah tiada kes kecurian berlaku.

Susulan daripada itu, ibu kepada kanak-kanak lelaki dan juga pekerja kedai serbaneka tersebut tampil bertemu dan saling bermaaf-maafan, malah mengakui akan kesilapan serta salah faham.

Bagaimanapun, walaupun insiden itu dianggap telah selesai apabila kedua-dua pihak saling bermaafan, Kak Long masih lagi menerima kecaman daripada netizen.

Lebih mengejutkan, satu video lama yang dikatakan membabitkan Kak Long di sebuah restoran makanan segera bersama keluarganya kembali tular dan dia sekali lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen yang mengecam perangainya yang dikatakan kurang sopan.

Di sebalik komen-komen negatif berkaitan isu Kak Long, ada netizen yang berkongsi ilmu, dengan menyiarkan sebuah video lama khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman mengenai sabar.

Abdul Basit dalam khutbahnya menjelaskan, setiap manusia perlu meningkatkan kesabaran dan tidak mudah ‘koyak’ apabila berdepan ujian.

Jelasnya, sifat bersabar menjadi bukti kepada keimanan yang tinggi kepada ALLAH Taala kerana walaupun berdepan dengan ujian hebat, hambaNya tetap mampu bersabar dan berserah diri serta bertawakal kepada ALLAH.

Insiden seorang wanita yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka di Terengganu ‘memeriahkan’ media sosial minggu ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*