
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor meninggal dunia.
Berita duka itu dikongsikan rakan artis, Datuk AC Mizal menerusi Instagramnya sebentar tadi.
“Allahuakhbar sedihnya. Terkejut dapat berita ini.
“Sahabat kita yang versatil, Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia.
“Salam takziah dari kami sekeluarga,” tulisnya.
Menurut sumber Allahyarham sekian lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat namun tidak berkongsi perkara itu kepada umum.
Enam suapan rahsia Adibah turun 18kg
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adibah Noor, 52, berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) dengan mengamalkan pemakanan sihat dalam tempoh dua bulan lalu.
“Ya, berat badan turun 18kg berikutan pemakanan sihat yang diamalkan sejak bulan puasa lalu.
“Saya tidak mengambil gula dan mengehadkan enam suapan sahaja setiap kali makan.
“Saya merasakan sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan kerana sudah berusia, itu sahaja,” katanya kepada BH Online.
Berkongsi amalan pemakanan, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar berkata, dia menjauhkan minuman bergula dan makanan diproses.
“Saya mencari makanan dimasak segar dan tak makan makanan diproses atau dalam tin.
“Misalnya, jika saya mahu makan burger, saya cari gerai yang buat daging burger sendiri, bukan daripada dalam plastik sudah siap.
“Kalau dahulu, nasi lemak saya makan tiga bungkus. Sekarang, cuma satu bungkus sahaja,” katanya.
Terdahulu, Adibah berkongsi gambar terkini dalam laman Instagram, menerima pelbagai maklum balas netizen yang terkejut dengan imej baharu itu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa bersyukur, gambar itu mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan pemakanan sihat.
“Alhamdulillah. Nasihat saya, boleh turunkan berat badan tanpa perlu makan pil atau jus kurus.
“Tetapi, kena kuatkan semangat dan banyak sabar. Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun begitu, bukan boleh berlaku sekelip mata,” katanya.
Leave a Reply