
Kecoh hari ini founder viral terkenal bernama Cik Non telah meninggal dunia jam 3:45 pagi tadi.
Menerusi video yang dikongsikan suaminya di TikTok @sabarituindah24434, dia mengesahkan berita itu.
Suami kepada Ceknon yang sinonim dengan pakaian yang berwarna merah jambu dan rambut blonde ketika melakukan siaran langsung di Facebook atau TikTok untuk mempromosikan produk kosmetiknya juga memaklumkan yang dia tidak akan membuat sebarang live semasa upacara pengebumian isterinya nanti.
Dalam pada itu, dia bagi pihak arwah isteri memohon orang ramai yang mengenali allahyarham supaya dapat memaafkan segala kesalahannya.
Perkongsian tersebut sememangnya mengejutkan banyak pihak terutama warganet yang mengikuti founder produk berkenaan di media sosial.
Dia yang kerap melakukan live di Facebook dan TikTok mempunyai pengikut yang tersendiri walaupun kadang kala video allahyarham berpakaian kurang disenangi ramai.
Sebab Kematian
Difahamkan, allahyarham dikatakan mengalami jangkitan kuman di otak selepas dimasukan ke Hospital Kajang setelah tiga ke empat hari mengalami cirit birit sehingga doktor terpaksa menidurkannya.
Leave a Reply