
Selepas isu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof semakin panas dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana pula tampil memberi respon berhubung perkara itu.
Ujar Sarah, dia tahu ada spekulasi mengatakan Syamsul telah bertunang dan berkahwin dengan Ira Kazar namun dia memilih untuk tidak ambil pusing tentang perkara itu.
Selepas empat tahun berdiam berdepan ujian tersebut, Sarah berkata dia kini sudah ikhlas dengan apa yang berlaku dan berharap suaminya berlaku adil dan tidak lupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya.
“Selepas empat tahun benda ni berlaku terhadap saya, saya dah lalui banyak ujian dan kecaman. Saya memilih untuk berdiam diri.
“Tapi sampai bila saya nak terus berdiam dan biarkan mental saya sakit. Saya tak nak anak-anak saya nampak saya dalam keadaan macam tu nanti akan menjejaskan mereka.
“Kena ikhlas dengan apa berlaku, saya kena teruskan hidup macam biasa. Fokus kepada kerjaya dan anak-anak serta keluarga,” katanya kepada mStar.
VIDEO TEMU BUAL :
Syamsul Yusof nafi bertunang
Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didakwa netizen di media sosial.
“Hahaha. Ngaruikk (mengarut).”
Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.
Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya.
Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.
“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.
Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri.
Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.
“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.
Leave a Reply