‘Sampai Nak Hempuk Helmet’.. – Tiga Lelaki MeluluBantai Pemandu Sebabkan KemaI4ngan Akhirnya Menerima Padah

Heret org yg pukul tu pi lokap..abg yg kena pukul..bt report..jgn biar org suka2 naik tangan..org tiada kena megena yg melampau nk rembat org.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipukul tiga individu kerana memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan di Lebuh raya Pasir Gudang di sini, semalam.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 6.05 petang, kereta dipandu seorang lelaki yang juga mekanik berusia 24 tahun melanggar sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 30-an.

            

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh terus menghubungi talian hotline IPD tersebut 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor S Sivakumaran menerusi talian 019-5127410,” katanya.

Kes kemalangan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59), manakala kes pukul mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, video kejadian tersebut yang berdurasi 33 dan 22 saat kemudian tular dalam media sosial sejak semalam.

Menerusi video terbabit kelihatan tiga lelaki dewasa memukul suspek di tengah jalan Lebuh raya Pasir Gudang, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

   

Antara reaksi netizen :

“Zaman sekarang nak selesaikan sesuatu masalah pukul.. silap sikit hentam.. tak puas hati bunuh.. marah tikam.. oh Malaysia ku.. dah serupa negara takda undang undang di buat oleh rakyat.” – Zaidi

“Nak bagitahu sabar, jangan terburu-buru ambil tindakan sendiri pun nanti ada yang kata “tak kena kat kau, bolehlah kata sabar’..well, Allah suruh sabar, Nabi suruh sabar..agaknya pesan Allah dan Nabi takda makna kot, ikutkan api kemarahan tu lebih bermakna kot.” – Azmi

“Best kn pukul org …di cari polis, dpt tido lokap percuma..naik trun mahkamah,silap haribulan bercuti d tirai besi 1 atau 2tahun..” – Joe

        

Tonton Video:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*