
GARA-gara melakukan aksi yang dianggap tidak wajar, nama individu yang pernah tular kerana insiden amukan di kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long kembali menjadi bahan kecaman netizen.
RAKAMAN VIDEO KAKLONG ADA DI BAWAH SEKALI
Malah, dua selebriti yang turut bersama Kak Long iaitu usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi, Baby Shima turut terpalit sama menerusi video gandingan mereka bertiga yang dikongsi di media sosial.
Menerusi video berdurasi 21 saat, aksi Kak Long dianggap sebagai ‘diperlakukan seperti lembu’ oleh netizen.
Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang kesal melihat Aliff seakan menarik Kak Long yang ‘ditunggang’ oleh Baby Shima yang duduk di atas belakangnya, seperti menunggang lembu atau kuda.
Sehubungan itu, Kak Long meminta semua pihak supaya berhenti menyalahkan Aliff dan Baby Shima.
“Cukup salahkan datuk, cukup salahkan Baby Shima. Sebab ini bukan kehendak datuk, tapi adalah kehendak saya sendiri… saya yang rela hati buat sendiri.
“Buat apa awak nak marah-marah datuk? Awak tak fikir ke perasaan orang apabila awak memfitnah saya begitu.
“Okay selepas ni, kalau awak nak saya berubah jadi baik, awak pun perlu komen saya yang baik-baik. Cukup salahkan orang, datuk tak bayar saya apa pun untuk saya buat video ni.
“Untuk saya buat video dengan Baby Shima yang saya jadi begitu… tak ada orang paksa, saya dengan rela hati,” tegasnya.
Menurut Kak Long, dia mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
“Kalau awak nak bersangka buruk dengan saya, awak fikirlah sendiri.
“Datuk tak ada kata apa-apa pada saya, tidak pun saya jadi begitu. Sebabnya ia adalah kehendak saya dengan rela hati,” tambahnya.
Malah, Kak Long turut meminta semua pihak berhenti melontarkan tohmahan kepada dirinya, termasuk Aliff dan Baby Shima.
“Ya Allah mengapa buat cam ni..menghina guru2 kau Aliff Syukri..berfikirlah dengan matang sebelum berbuat sesuatu..Allahhuakbar..” – Noraini
“Tak upah dan tak di bayar , maruah murah sgt . Sbb nak pemes punya pasal. Ni semua pundek ya tuan-tuan” – Lipa
“Diminta majlis daerah tangkap semua lembu2 ni.. bahaya kalau deme trlepas waktu mlm..” – Puteri
“Dunia sekarang nk glamour mna boleh ada perasaan malu…jadi lembu pn lembu la janji glamour” – Hafizul
“Kata kak long kawasan…. Bunyi mcm ganazzz. Skali kena tunggang. Kena tukar nama lps ni. Jadi KAK LING KAWASAN.” – irna
Tonton Video Penjelasan : SILA KLIK DI SINI
Sumber Mstar
Leave a Reply