
Katanya dua beradik tu mmg kerap btengkar selama ni. Salam takziah buat keluarga.
IPOH – Seorang lelaki warga emas maut dengan beberapa kesan tikaman disyaki dilakukan oleh abangnya yang kemudian dipercayai membunuh diri di sebuah rumah di Jalan Mohamad Naseh, Housing Trust, di sini sebentar tadi.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Kejadian sekitar 10.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan abangnya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pasukan yang tiba di lokasi kejadian menjumpai seorang lelaki berlumuran darah di bahagian dapur akibat ditikam senjata tajam.
Katanya, seorang lagi lelaki berada di luar kediaman tersebut dalam keadaan leher tergantung manakala seorang wanita yang juga isteri mangsa berada di dalam rumah ketika kejadian.
Wanita berusia 50-an itu cedera di jari dipercayai ketika cuba meleraikan pertengkaran dua beradik itu.
“Jadi kita lihat bahawa mungkin yang isteri ini cuba mendamaikan pergaduhan. Apabila kita pergi lihat di sana, mangsa, satu lelaki Cina berada di ruang dapur, ada berlumuran dengan darah, dikatakan ditikam dengan menggunakan senjata tajam dan satu lagi lelaki Cina
yang berada di luar kawasan rumah didapati lehernya digantung dan mati di tempat berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebilah golok yang disyaki digunakan sebagai senjata di sisi mayat pemandu teksi berusia 70 tahun.
Tonton Video :
Dua adik-beradik ditemui mati selepas dipercayai bertengkar dalam satu kejadian di Jalan Mohamed Naseh, di Ipoh, pagi tadi. pic.twitter.com/brAoO7Gbmx
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) August 18, 2022
Sumber Kosmo
Leave a Reply