
Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah pada bahagian dada, otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul.
KUALA KANGSAR: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, di sini, kelmarin yang pada mulanya dikatakan kes mengamuk kepada kes bunuh.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata susulan itu polis menahan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ dan tiga warden pusat pemulihan berkenaan.
“Mangsa cuba sekali lagi melarikan diri dengan terjun dari tingkat satu bangunan. Selepas berjaya ditangkap semula, kaki serta tangan mangsa dikatakan diikat dengan kain untuk mengelakkannya daripada kembali mengamuk dan melarikan diri dan dia ditempatkan di dalam bilik tetamu.
“Mangsa didakwa beberapa kali menghentak kepalanya ke lantai dan dinding sehingga luka berdarah, namun kira-kira jam 7.45 malam warden mendapati mangsa tidak sedarkan diri semasa ditempatkan di bilik tetamu lalu terus membawanya ke hospital,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, ujian x-ray yang dilakukan sejurus mangsa dibawa ke hospital malam kelmarin mendapati terdapat kesan luka di bahagian dahi dan lebam pada muka, mata kiri, dada, kedua-dua kaki serta tangannya.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah pada bahagian dada, otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul.
“Susulan itu, keempat-empat suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
“dlm berita tu cerita, mula2 org tu mengamuk & lukakan diri sendiri. tp lps bedah siasat baru tau dia dipukul.. sbb tu jd 302.. pukul sampai mati” – Nur Liyana
“Kalau baca kes tu beliau mengamuk serta cuba melarikan diri seterusnya menghantuk kepala sendiri ke dinding sehingga cedera. Penagih gian memang sanggup buat apa saja hatta membunuh. Apa2 pun biarkan pihak berwajib siasat terlebih dahulu” – Fernando
“Takziah buat keluarga mangsa semoga jadi peringatan bagi warden yang di amanahkan dalam menjaga para tahanan” – Firdaus Rosli
“Allahuakhbar ya allah..salam takziah bt ahli keluarga.semoga setiap berlaku di jadilan iktibar bt semua.semoga dpt keputusan yg terbaik bt ahli keluarga dan semua pihak” – Cheasiah
Sumber BH
Leave a Reply